Sunday, May 19, 2013


NOTA KAKI :
* period - merujuk pada waktu aku di datangi haid supaya mudah di fahami
* bersih - kata mudah menunjukkan waktu habis haid dan boleh menunaikan ibadah yang wajib.
Dan bila aku mengalami keadaan seperti itu, aku mula risau dan banyak terfikirkan perkara negatif kerana bila seorang perempuan di datangi haid lebih dari 15hari dari tempoh biasa, maka darah yang keluar itu bukan lagi di sebut darah haid, tapi darah istihadah.

Darah istihadah :

Darah yang keluar secara berterusan bagi wanita di mana ia keluar secara berterusan tanpa putus atau mungkin putus sekejap seperti sehari dua dalam sebulan di mana ia lebih lama dari darah haid.
Secara ringkas, begitulah pengertian darah istihadah yang dapat aku ungkaikan. Dan aku sendiri mengalami darah istihadah atau dengan kata mudahnya, ia adalah darah penyakit. Darah penyakit ni yang merisaukan aku. Dalam fikiran aku, takut kalau2 aku di serang penyakit yang berbahaya dalam senyap. Nauzubillah. Ya ALLAH, hindarkanlah. Kerisauan aku kian menebal kerana ada antara ahli keluarga terdekat ku yang meghidapi penyakit kanser. Ini lagi merisaukan aku kerana penyakit kanser boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan mana yang ada sejarah ahli keluarga yang meghidapi kanser.
Jadi, aku pun merujuk masalah aku di 2 tempat yang berbeza. Di hospital kerajaan dan di klinik swasta. Di petik dari apa yang doktor beritahu :
Di poliklinik hospital kerajaan :
  • Doktor kata : Aku mengalami hormon yang tidak sekata dan aku telah di beri pil hormon untuk mengaktifkan semula putaran haid aku supaya kembali normal.
  • Keputusan : Selera makan aku bertambah dan haid aku tetap tak normal!
Kemudian, aku mencuba pula di klinik swasta :
  • Doktor kata : Kemungkinan aku stress dan terlalu banyak fikir. Sebab itu ia mengganggu proses kitaran haid. Aku tidak di bekalkan ap2 ubat, tapi di sarankan banyakan berehat
  • Keputusan : Masih sama. Period aku masih lagi masalah.
Dan akhir sekali, aku tergerak hati untuk berkongsi masalah aku ni dengan adik aku. Alhamdulillah, ALLAH telah menemukan aku dengan jalan penyelesaian. Kebetulan adik aku berkawan dengan orang yang memang sedang dalam pembelajaran mengenai ilmu Islam dan cara pengubatan Islam dan beliau ada mengesyorkan aku cara untuk menghentikan darah istihadah.
Antara cara pengubatan yang di ajarkan oleh beliau amat mudah tapi yang penting hati mestilah tanamkan keyakinan terhadap ALLAH semua yang terjadi adalah Izin ALLAH. Inilah yang aku nak kongsikan bersama korang semua. Semoga cara ini dapat membantu korang yang mengalami masalah yang sama macam aku.
Apa yang di perlukan?
  1. Air paip sebaldi / sebesen (besen yang sedang2. Tak besar sangat. Tak kecik sangat. Bergantung pada keadaan keperluan )
  2. Ais 2 kilo
  3. Sebotol air mineral (botol kecil)
  4. Keyakinan pada ALLAH dalam hati semua(ini amat penting)
Bagaimana nak praktikalkannya?
Mudah sahaja. Ikut cara ni step by step, INSYAALAH, korang akan dapt hasilnya.
  1. Campurkan semua ais ke dalam air.
  2. Kemudian, bacakan Surah Fatiha (40x), selawat as-syifa' (7x) dan ayat Kursi (7x) dalam air yang telah di campurkan ais tadi. Seeloknya semasa di bacakan ayat-ayat di atas, tutup aurat dan yakin bahawa ALLAH Maha Penyembuh.
  3. Setelah selesai bacakan semuanya, ratakan air itu di seluruh badan danniatkan: "aku mandi kerana nak putuskan darah istihadah dengan izin ALLAH ". Umpama macam kita mandi hadas haid. Tapi ini kita hanya perlu ratakan ke seluruh badan. Pastikan air mengenai kulit di badan dan seluruhnya.
Waktu melakukannya?
  1. Lakukannya selepas Asar. Dari pengalaman aku, masuk je waktu Asar lebih kurang dalam pukul 04:20pm dan selesai semuanya dalam pukul 06:00pm.
Tambahan lagi?
  1. Selepas selesai mandi semua, ambil air mineral dalam botol kecil tadi, kemudian di dalamnya di bacakan : Surah Al- Fatiha (1x), surah Kursi (40x), dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W(100x), kemudian hembuskan ke dalam air itu, dan minum air itu secawan sambil niatkan dalam hati "aku minum air ini untuk keluarkan darah istihadah dengan izin ALLAH"
  2. Minum lagi air itu sebelum dan selepas tidur sambil niatkan seperti niat di atas.
  3. Ambil sedikit air mineral yang telah di bacakan ayat-ayat tadi, cuci di bahagian kemaluan, dan niatkan perkara yang sama seperti di atas.
Alhamdulillah, korang cuba la cara ni kalau ada antaranya mengalami masalah cam aku. Sungguh aku ni hamba-Nya yang mudah alpa. Masya-ALLAH. Tika aku meghadapi masalah, aku tidak terus minta pertolongan dari Dia, aku minta pada manusia yang sama seperti aku yang bersifat lemah. kenapa la bila aku ada masalah, aku tidak rujuk minta pertolongan dari DIA yang Maha Pemurah lagi Maha Penyembuh. Sungguh aku ni hamba yang lemah dan mudah alpa. Ampukan aku YA ALLAH!
Ini sahaja yang aku nak kongsi bersama korang. Last but not least, apa-apa sahaj yang korang nk lakukan, ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kita dan mintalah pertolongan hanya dari dari DIA yang Maha Kuasa..
Amiin~
WASSALAM,,,,

Tuesday, March 12, 2013

Tip semasa anak sedang menghadapi peperiksaan

BERANI MENANGGUNG RISIKO



Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya!
BERANI MENANGGUNG RISIKO Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat. Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh. Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut: 1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif. 2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita. 3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang. 4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu. 5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif. Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis. Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya!

Resepi Jelly Kelapa Muda


Bahan-bahannya:

18gm agar-agar tali (guna brand Adad ada gambar rusa)
4 biji kelapa muda (biasanya dapat 2.5 litter air kelapa muda)
isi kelapa 
1 litter air (kesemua jumlah air +air kelapa kelapa muda mestilah 3.5 litter)
gula 250 gram (ikut manis yang disukai)
3 helai daun pandan

Cara membuatnya:

1.  Basuh agar-agar, masak bersama 1 litter air dan daun pandan , sehingga      agar-agar larut
2.  Tutup api dan masukkan gula, kacau hingga gula larut
3.  Masukkan air kelapa dan isi kelapa
4.  Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan sejukkan dalam peti ais.
 

Monday, March 11, 2013

Anak-anak ibu

Anak2 ku ada tujuh orang, yang seorang lagi , kat mana ye mase tu...